Adakah benar aku mengerti….
Atau hanya sekadar ILUSI….
Yang tidak mampu aku fikirkan….
Untuk sebuah keyakinan….
Apabila HATI sudah mula berbicara….
Apakah benar ini CINTA….
Atau hanya sekadar KHAYALAN yang MENIPU daya….
Yang tidak mampu aku perkatakan….
Untuk sebuah pengharapan….
HeaRtY….
Aku ingin dia mengerti….
Allah yang mempertemukan kami….
Allah juga yang boleh memisahkan kami….
Kerana DIA pemilik segala di langit dan di bumi….
HeaRtY….
Dia dan aku adalah sama….
Insan yang lahir kerana cinta…
Cinta Khaliq untuk hambaNYA…
Cinta antara ibu dan bapa….
Yang telah tersurat pada QADA’ QADARNYA…
HeaRtY….
Memang diri ini mencari seorang ‘RIJAL’…
Sebagai teman yang sudi membimbing….
Sebagai teman yang sudi memimpin….
Tapi, apakah aku mampu….
Menjadi serikandi yang dipimpin & dibimbing olehnya….
HeaRtY….
Diri ini tidaklah sempurna….
Diri ini juga banyak cacat celanya….
Diri ini tidaklah seindah yang disangka….
Diri ini juga tidaklah baik seperti yang dijangka…
HeaRtY….
Sering aku berfikir….
Yakinkah aku dengan perkenalan ini….
Dapatkah aku menjaga perasaan ini….
Adakah aku mampu seiring berjalan dengannya menuju Rabbi…
HeaRtY….
Pernah dia berjanji tanpa diduga…
Untuk aku terus kukuh dengan apa yang aku ada….
Pernah dia mengungkapkan kata….
Sehingga aku sujud syukur ke hadratNYA….
HeaRtY…
Aku tidak tahu apa yang telah dicaturNYA….
Jalan bagaimana yang ada untuk aku menempuhinya….
Kerana pada setiap jalanNYA…
Terdapat nikmat dalam rahmat…
Rahmat pada setiap ujian….
HeaRtY…
Jika ada usaha…
Akan ada jaya untuknya…
Kerana tanpa usaha…
Segalanya kan sia-sia…
KaSiH….
Ini adalah ujianNYA….
SaYaNg….
Ini adalah jalanNYA…..
CiNtA….
Moga hati ini terjaga, dijaga & menjaga………..
No comments:
Post a Comment