Monday, 19 March 2012

~ Ku RiNDu PaDaNyA ~


aku rindu padanya....
setiap saat detik dan ketika....
setiap kali selesai solat ku hadiahkan doa untuknya....
sungguh aku rindu padanya...

atiah tonjel & abah cekuntut :)

teringat akan ketika dulu....
dia guruku yang pertama....
mengajar aku tentang dunia dan akhiratNYA....
mengajar aku untuk terus berdiri di jalanNYA...
tabah menghadapi segala.....

dia tidak pernah penat untuk membimbingku....
teringat ketika di ajarkan aku lukisan....
aku tidak pandai melukis....
menangis ketika di marah...
tapi dia tetap sabar menunggu aku siapkan satu lukisan....
hanya lukisan rumah yang dia pinta....
itu pun tidak dapat aku siapkan....

di ajarkan aku matematik, pembacaan Al Quran, sains, kaji alam, memasak....
pelbagai lagi jenis ilmu yang dia ketahui....

aku sering bertanya tentang itu dan ini...
dia tidak pernah jemu menjawap....
pernah aku berdebat dengannya...
tentang gereja dan masjid....
tentang bible dan Al Quran....
tentang jemaah...
tentang dakwah.....
kerana aku  pencari CINTA yang ku damba...

sungguh ilmu Allah dia manfaatkan sebaiknya...
untuk dia kongsikan bersama.....
tidak sahaja dengan ku....
tetapi dengan seluruh keluarga ku....

dia juga merupakan sumber inspirasi aku untuk menjadi seorang 'GURU'...
ya seorang guru...
pernah dia bertanya kepadaku...
'nanti atiah dah besar nak jadi apa?'
aku menjawap 'nak jadi cikgu'....
dia hanya senyum ketika itu....
setelah aku lulus temuduga untuk masuk U...
dia bertanya lagi...
'betul ke nak jadi cikgu?'
'ya'... dengan yakin aku menjawap....
'belajar rajin-rajin... nak jadi cikgu kena sabar.... sentiasa sabar..'
 pesannya membuatkan aku kuat untuk berdiri di kala ini....
meneruskan apa yang aku impi...
menjadi seorang guru seperti dia...
insya'Allah suatu hari nanti...

Cikgu Daud Yahaya (1982 - now)

di kala ini sering sahaja aku teringatkan dia...
sering sahaja aku bermimpikan dia...
sering sahaja aku menghubunginya...
bertanyakan itu dan ini seperti dahulu kala....
dan dia tetap di situ memberikan jawapan yang terbaik padaku...
sungguh!! aku merindukannya....

guru ini juga membuatkan aku terus tabah menghadapi apa yang aku jalani sekarang....
tidak kira pahit atau manis.... tidak kira susah atau senang....
kerana dia pernah berkata 'Allah beri kita nikmat dunia untuk kita garap akhiratNYA'...

abah...
adalah guru terbaik yang pernah atiah jumpa...
Allah berikan rezeki yang sangat indah buat atiah...
dapat seorang abah yang merupakan seorang guru....
guru seni lukis, matematik, matematik tambahan, sains, pendidikan Islam, seni perusahaan....
atiah kagum abah boleh dan mampu mengajar subjek-subjek tu...
kebolehan seorang guru untuk mendidik anak bangsa....

di kejauhan ini membuatkan atiah mengimbau kembali...
setiap apa yang abah katakan...
setiap apa yang abah ajarkan ketika dulu....
ketika zaman atiah 'nakal'....

sungguh nikmat yang Allah berikan itu tidak ternilai harganya...
DIA beri atas dasar kasih sayang serta cintaNYA kepada kita hambaNYA...
agar kita tahu....
agar kita mengerti....
setiap apa yang terjadi...
milik DIA kekal abadi....
hanya usaha dari diri...
untuk mengubah apa yang terjadi...

terima kasih ya Allah....
Engkau hadirkan seorang guru padaku...
yang mampu mendidik ku...
tentang ilmu-ilmu MU yang sangat luas...

my WALI + MURSYID dunia akhirat


Monday, 12 March 2012

~ kita berbeza ~



benar PENCIPTA kita adalah sama.....

benar PEMILIK jasad dan roh kita adalah sama.....

benar yang MENENTUKAN qada' dan qadar kita adalah sama....

benar kita berkongsi BUMI yang sama....

 


akan tetapi......

perjalanan yang telah di tetapkan buat kita BERBEZA....

fizikal kita berbeza....

akal kita berbeza.....

rohani kita berbeza.....

cara kita berbeza....

malahan....

KUDRAT kita jua jauh berbeza....



engkau boleh berlari ke sini sana....

melompat dan berjalan dengan bersahaja....

membuat itu dan ini mengikut suka....



tapi aku....

semuanya bagaikan tergendala....

berlari, melompat, berjalan terasa kaku seketika....

membuat itu dan ini tidak boleh suka-suka....



bezanya kita patutnya engkau rasa....

agar kau mengerti apa yang aku rasa.....

supaya engkau tak menuduh dengan bersahaja....

tentang itu dan ini mengikut suka......



bukan menyalahkan TAKDIR yang MAHA ESA....

akan tetapi ku pinta engkau berfikir seketika...

 berfikir tentang semua yang diciptakanNYA....

pasti ada perbezaannya.....

kerana itu sudah fitrah kejadianNYA.....



Thursday, 8 March 2012



kadang terasa berputus asa....

kadang rasa terpinggir.....

kadang rasa tidak di beri perhatian....

kadang rasa diri nie 'cacat' tidak seperti orang lain....

tadi kena cakap 'awak pernah lumpuh? tak kan? jadi nape nak minta dikecualikan dr sebarang aktiviti....??'

ingatlah....

setiap orang itu berbeza.....

jangan cakap tntng diri sahaja.....

lihatlah org d sekeliling....

ada yg lebih sakit dr kita....

tersangat DOWN d saat ini.....

call abah ummi pun nangis sampai tak keluar suara.....

terfikir mcm mana nak explain kat org....

terfikir tak kan nak bgtau kat semua org tntg diri....

mcm menagih simpati....

menagih sesuatu yg hanya bersifat sementara....

  



Thursday, 1 March 2012

~ CaBaRaN SeTeRuSnYa ~





di harap sahabat2 semua sihat2 belaka ekk... moga rahmat serta kasihsyg-NYA ada bersama kita setiap masa.... entry kali nie nak citer pasal sesuatu.... amenda ekk... 'aku dia dan sesuatu??' hehehehehe.... iya... aku 'DIA' dan sesuatu... DIA MAHA MENGETAHUI apa yang tidak kita ketahui... DIA pencipta alam ini... DIA pencinta abadi... DIA sentiasa menemani + memahami, apa yg kita perlu.... DIA mengatur segala gerak geri... bagi melicinkan proses hidup insani....  :)  perlu ingat, kesihatan itu anugerah, kesakitan itu nikmat dalam rahmatNYA... jika kita sabar + tabah + ikhlas, semestinya kita menjadi seorang hamba yang benar2 TAQWA kpdNYA... ini cabaran saya yang seterusnya pabila doktor mengesahkan sesuatu yang di dalamnya terselit sejuta makna + pengharapan + kesediaan + ketabahan buat diri saya....  nak kongsi serba sedikit tntng sesuatu.... sebermulanya begini.... jeng3~  hehe :)  citer tentang 1 penyakit yang di beri nama 'ANEMIA'.... haaaa... sape tau tntang penyakit nie, angkat kaki...??? hehehehehe  :)  meh saya kongsi serba sedikit tntng info yg baru saya dapat.....


ANEMIA
Merupakan sejenis penyakit dimana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalakan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia juga membawa maksud heamoglobin yang tidak mencukupi. Paras Hea moglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.





Anemia DISEBABKAN oleh perkara2 berikut:

1. Kehilangan darah (terbahagi kepada akut atau kronik)
- Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan

2. Kurang penghasilan sel darah merah dalam sum-sum
- kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan
- Kekurangan hormone: Paras hormo tiroid rendah
- kerosakan sum-sum: kanser darah, penyakit sum-sum
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia
, G6PD, rawatan kemoterapi untuk mencegah kanser.

3. Pemusnahan sel darah merah berlebihan
- berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Terbahagi kepada dua iaitu Anemia disebabkan kekurangan zat besi dan Talasemia.

Skala anemia
- Kadar Hb 10 gram – 8 gram disebut anemia ringan.
- Kadar Hb 8 gram – 5 gram disebut anemia sedang.
- Kadar Hb kurang dari 5 gram disebut anemia berat
 

Simptom dan Gejala Penyakit Anemia ini biasanya tidak disedari oleh penghidapnya. Sekiranya anda mengalami sebahagian simtom2 berikut, adalah disarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk ujian kesihatan.
- Keletihan setiap masa
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung cepat
-Kurang daya ingatan
 
Kompilasi yang disebabkan oleh Anemia
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
- mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
 
Tips untuk pesakit Anemia
Diet untuk memperbanyakkan hemogloblin makan makanan yg kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan, ayam, hati telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam, brokoli dan tauhu
 
Mempercepatkan penyerapan zat besi
-Makan atau minum jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C

ELAKKAN minum kopi atau teh selepas makan kerana kedua-dua minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi.

Berhati2 dengan KALSIUM kerana kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Anda harus berbincang dgn doktor bagaiman cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus utk tubuh anda

Vitamin B12 dan Asid Folat penting untuk tubuh dan boleh didapati dari daging ayam, daging merah dan sayur2an

Suplemen Zat besi- berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini kerana ianya mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah dan alahan

Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 5 hingga 10 tahun
-sekiranya anda wanita yang tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah untuk mengesan adakah anda menghidap anemia.









nie lah serba sedikit tentang penyakit nie... kalau nak tahu lebih lanjut, silalah merujuk pada doktor  :)

kalau2 ada salah dan silap dlm penulisan kali ini, harap di maafkan serta di perbetulkan  :)

mungkin sampai disini sahaja.....

apa yang baik itu datangnya dr ALLAH, dan yang buruk itu juga datangnya dari DIA tapi disandarkan pada diri saya....

mohon maaf seikhlas hati....

ma'assalamah.....

wallahu'alam.....