benar PENCIPTA kita adalah sama.....
benar PEMILIK jasad dan roh kita adalah sama.....
benar yang MENENTUKAN qada' dan qadar kita adalah sama....
benar kita berkongsi BUMI yang sama....
akan tetapi......
perjalanan yang telah di tetapkan buat kita BERBEZA....
fizikal kita berbeza....
akal kita berbeza.....
rohani kita berbeza.....
cara kita berbeza....
malahan....
KUDRAT kita jua jauh berbeza....
engkau boleh berlari ke sini sana....
melompat dan berjalan dengan bersahaja....
membuat itu dan ini mengikut suka....
tapi aku....
semuanya bagaikan tergendala....
berlari, melompat, berjalan terasa kaku seketika....
membuat itu dan ini tidak boleh suka-suka....
bezanya kita patutnya engkau rasa....
agar kau mengerti apa yang aku rasa.....
supaya engkau tak menuduh dengan bersahaja....
tentang itu dan ini mengikut suka......
bukan menyalahkan TAKDIR yang MAHA ESA....
akan tetapi ku pinta engkau berfikir seketika...
berfikir tentang semua yang diciptakanNYA....
pasti ada perbezaannya.....
kerana itu sudah fitrah kejadianNYA.....
No comments:
Post a Comment