24 jamadilakhir 1434 / 5.5.2013
melalui pemerhatian dan perkongsian....
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan
akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak
kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.
(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)
Perbuatan menawarkan
diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan
memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan
kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita
kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya
kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau
berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka
menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang
malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra :
“Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik
darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar
dirinya demi kebaikan”. (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no
5120 , Nasaie dan Ibn Majah)
rasa-rasanya....
ada yang berani tak??
♥ mencari sesuatu di perjlanan menuju jannah ♥
No comments:
Post a Comment