Wednesday 23 November 2011

~ sakit sendi ~

bismillah.....

assalamu'alaikum.... kaifahaluk sahabat2 semua...?? ana harap masih lagi kita berada di bwh naungan rahmat serta kasih sygNYA... :)  td terbaca satu artikel tentang sakit sendi... sendi yang tang mana tu... hehehehe... segala mcm jenis sendi lah.... tp yg paling menarik perhatian tentang arthritis..... meh kita nengok ape ke benda sakit sendi arthritis nie... meh2~  Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.


Osteoarthritis 

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
  • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.
  

gambar-gambar di bawah nie, untuk keterangan penyakit arthritis reumatoid.......












Arthritis Reumatoid 

Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  • Kekakuan pada awal pagi.
  • Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
  • Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
  • Kelemahan dan kepenatan.
  • Demam bergred rendah.
  • Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
  • Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penting 

Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan.


Penjagaan Kendiri
  • Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
  • Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
  • Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
  • Selang selikan rehat.
  • Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
  • Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.


Gaya Hidup
  • Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat.
  • Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
  • Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
  • Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
  • Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.



Elak

  • Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.

  • Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.

  • Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama

  • Memakai kasut yang tidak berpadanan.

  • Membiarkan sakit mengganggu moral anda.



kepada sesiapa yang ada sakit nie.... bw2 la pi jumpa doktor ekk.... tuk mengetahui tahap mana sakit anda tu... lg satu, amalkan cara hidup sihat.... kalau dah tau apa yg tak boleh di lakukan, stop... sila jgn lakukan ekk... bahaya.... ok then....
ma'assalamah....

Tuesday 22 November 2011

~ dari suara hati ~


di mana kita tatkala tahun Islam menginjak ke tahun berikutnya???

di mana kita ketika dunia semakin ke alam yang seterusnya???

di mana kita tatkala seruanNYa memanggil2 kita untuk terus kukuh kpdNYA???

di mana kita tatkala hati kering bungkam dengan noda & dosa???

di mana kita ketika Allah menurunkan bala untuk peringatan buat kita???

di manakh kita???

di manakh hati???

di manakh akal???
 di mana???

cuba kita fikir sejenak.... detik demi detik... saat demi saat.... minit demi minit.... jam demi jam.... hari demi hari.... tahun demi tahun.... di manakah kita??? di manakah kita??? di manakah kita??? adakah kita seiring dengan kehendakNYA??? atau pun lari membengkok dari jalanNYA??? lihat keadaan diri dan hati... masihkah Allah di rindui??? masihkah Rasulullah di kasihi??? jika masih, alhamdulillah... teruskan mengasihi dan merindui... jika tidak??? apakah diri berusaha utk mengasihi dan merindui??? apakah kita igt bhawa setiap detik kita menuju ke arah kematian??? adakah kita INGAT??? ingatkah diri??? dunia penuh pancaroba.... dunia penuh dengan tipu daya... tetapi diri terus hanyut dengan gelora dunia... di pimpin dengan nafsu yang melulu... di ajak oleh syaitan yang menipu.... ya Allah....... sedih tatkala diri terus lalai dengan keasyikan dunia.... tidak sedikit pun menjenguk apa sebenarnya syurga yang nyata.... sedih tatkala diri terus menipu & ditipu... ya Allah.... layakkah diri mendapat redhaMU jika diri lari dr kebenaranMU... layakkah diri mendapat kasih sayangMU jika diri jauh dr jlnMU.... layakkah diri dengan syurgaMU jika diri berdiam tanpa usaha mencariMU.... ya Allah.... aku lemah ya Allah... lemah... tersangat lemah.... Engkau bimbinglah aku... teruskan bersamaku... agar aku sedar selalu... bahawa Engkau sentiasa ada di sisiku... ya Allah.... 


Saturday 12 November 2011

~ PeNYaKiT SKOLIOSIS (scoliosis) ~

bismillahhirrahmannirrahim....
tok3~ assalamu'alaikum para sahabat... apa khabar hari ini... sht??? sebermulanya entry nie... tak tau nak tulis apa..... haaa..... pasal satu penyakit yang jarang2 skali kite dengor... hehehe... SKOLIOSIS... korg pernah tau ape penyakit nie??? haaa.. kalau tak tau, meh sy kongsi ckit pasal penyakit nie....
jeng3~.................................
saya adalah salah seorang pesakit 'SKOLIOSIS' ataupun omputih kata 'BACK PAIN / SCOLIOSIS'...... mula2 tau mcm 'blur' lg.... doktor pun dah xplain cemana sbnrnya penyakit nie... skrg terasa lemah sbb kerja2 yg nak di buat semua terbatas... mungkin ramai dikalangan kita tak tau kan... ape benda penyakit nie... jom kita tgk... apa sbnrnya penyakit nie.... jom3~  :)



apakah SKOLIOSIS??

Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul. Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud 'bengkok'. Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.



siapakah yang MENGHIDAP penyakit ini???


 Kanak-kanak
'Infantile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:
• Kecacatan sejak lahir
• Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
• Kecederaan
• Jangkitan
• Ketumbuhan

'Juvenile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 - 10 tahun. Ia jarang berlaku.


 Remaja
'Adolescent idopathic scoliosis' - skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.



 Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal. Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.



faktor KETURUNAN??

Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%. Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.



PUNCA-PUNCA skoliosis??

Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital.
Ia tidak berpunca dari:

• Duduk membongkok
• Duduk dalam keadaan janggal
• Tidur di atas tilam lama atau nipis

Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan
mendadak di alam remaja.




GEJALA-GEJALA??

Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan.


Tanda - tanda lain termasuk:

• Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
• Penonjolan tulang bahu
• Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
• Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
• Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
• Baju yang dipakai kelihatan senget


Jika dibiarkan tanpa rawatan, skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan: 

• Sakit belakang yang berpanjangan
• Kecacatan bentuk badan
• Kesukaran bernafas



RAWATAN??

Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna.

• Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang
belakang tidak menjadi teruk
• Pesakit akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan

Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang ("Bracing")
contoh 'bracing'

• Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok
• Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai


contoh pemakaian 'bracing'

Pembedahan

• Akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk
• Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk
• Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut
• Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai "braces" badan hari ke-2 atau ke-3
• Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa
• Bersukan dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan



PETUA-PETUA ibu bapa mengesan penyakit ini diperingkat AWAL:

Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya ("idiopathic scoliosis") selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal. Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas.


Tanda - tanda yang dapat dilihat pada anak anda:

• Bahu kelihatan tidak sama tinggi
• Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol 
• Pinggang kelihatan senget sebelah
• Pinggul kelihatan tinggi sebelah 
• Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja 






CONTOH TULANG BELAKANG



inilah sedikit sebanyak yang boleh sy kongsi..... kalau nak tau lebih lanjut, pi tny doktor eeekkkkk... hehehehehe... d harap, kite semua dpt input ckit.... bak kata org 'ilmu Allah kita kongsi'...  :)
ok.... ma'assalamah...... ~





Thursday 10 November 2011

~ sangat lemah ~







ya Allah...

tatkala ini jiwaku lemah....

hatiku goncang....

nafasku sesak tidak bermaya...

ke mana harus aku pergi???

ke mana harus aku tujui???

yg benar tetap benar....

tetapi tidak seorang pun yang membenarkan....

ya Allah...

keperitan ini ku tanggung....

kerana ku tahu...

kerana ku mengerti...

setiap yang terjadi adlh dr MU ya Rabb....



....................................................................



Tuesday 8 November 2011

~ perjalanan??? ~

assalamu'alaikum....


ya Allah.. hari nie rasa tercabar lak.....

bila takda sape dgr ckp....

bila kita tegur buat muka...

jgn laaaa mcm tu...

sy pun ada masalah juga...

kira besar tau...

tp sy tetap buat keje...

demi group kita...

jgn mcm nie ok...

tlg lahh ekk....

sy penat, kita semua penat...

harap sangat2 kita stick together ok....


huhuhuhuhu......


wassalam....

Tuesday 1 November 2011

~ mengapa diri ini ~


saya.....
hanya seorang insan yang lemah...
tidak punyai apa-apa....
tapi kenapa...
tapi mengapa....
diri ini yang selalu menjadi mangsa....
mangsa apa??
mangsa siapa???
masih bingung...
masih buntu....
biarlah mereka....
meraka yang rasa....
tetapi diri ini terseksa dengan apa yang mereka rasa....
bagaimana hendak merungkai setiap kata.....
ya Allah....