Tuesday 29 May 2012

~ Doktor VS Pesakit ~


doktor: assalamu'laikum... selamat pagi.... (sambil senyum paling manis)

pesakit: wa'alaikumsalam.... (monyok)

doktor: rasa macam mana hari nie?? sihat??

pesakit: kalau saya sihat, taklah masuk hospital....(makin monyok)

doktor: Allah kata, kalau kita kurang rasa redha pada ujian DIA.. pasti kita rasa kecewa.. (sambil2 sediakan mesin pemeriksaan)

pesakit: (menangis sambil bercakap) tapi, sakit tau nak kena duk wad hari2... saya mampu bergerak, tp doktor paksa saya baring tiap jam...

doktor: sebab awak perlu rehat yang secukupnya... yang sebenarnya, kita tak tahu badan kita kuat atau tak... sebab kita rasa biasa je... dalaman kita tak nampak... sekarang awak cedera dalaman, tapi awak tau yg dalaman tu cedera sebelum kita buat beberapa check up??

pesakit: baik... tapi saya nak jalan2... (masih merajuk)

doktor: kat dalam bilik nie je.. tak boleh keluar...

pesakit: nak pi taman... tengok matahari....

doktor: kena panggil nurse kalau mcm tu...

pesakit: mesti kena naik kerusi roda... (monyok balik)

doktor: nak tak?? (senyum sinis)

pesakit: baaeeekkkkk... (sambil wat tabik hormat)

doktor: nakalnye dia...

pesakit: mestilah... kite kena ceria baru tak rasa sakit...

doktor: haaa... tu pandai je ckp camtu.... tapi saya tengok, 24jam monyok.... (sambil ketawa)

pesakit: owwhhh.. doktor tengok saya ekkkk... (wat2 marah)

doktor: mestilah... awak kan pesakit saya... kena tengok perkembangan tiap jam...

pesakit: baeekk....

doktor: tak habis2 dengan 'baeekk' dia...

pesakit: (senyum lebar) hehe.. doktor, saya nak exam ngan kawan2 tak nak ambil kat hospital.............

doktor: kena janji, jangan nakal sangat....

pesakit: baeekkk bos... hehe (wat2 muka cumil)

doktor: janji tau nie...

pesakit: (mengangguk tanda setuju + senyum lebar je hari tu) :)


[25/05/2012 - 27/05/2012]

Wednesday 9 May 2012

~ benarlah ~

benarlah......
apa yang ada semua milikNYA...

benarlah....
apa yang diajar kepada kita adalah dariNYA....

benarlah....
setiap yang kita jalani adalah dari jalanNYA....

benarlah.....
pada setiap kebenaran yang di beri tunjuk pada kita.....

benarlah.....
pada setiap rahsia dalam rahsiaNYA menuntut mujahadah yang tinggi.....

maka.... renungi ayat ini....

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"


ayat ini berulang-ulang di dalam surah Ar Rahman.... maka bagaimana kita???
apakah setiap nikmat yang Allah beri itu kita benarkan(syukur), atau apakah kita menolaknya(kecewa/tidak redha)......

mana yang benar lagi membenarkan??

tanya hati kita.... apakah kita benar membenarkan setiap zarah yang kita lalui???

sungguh, kita sentiasa alpa padaNYA.... kita alpa untuk membenarkan apa yang telah benar.... kerana kita manusia.... di ciptakan tidak sempurna..... akan tetapi mampu di sempurnakan.... dengan syukur pada setiap detik nikmat yang DIA beri.....

berfikir sejenak tentang diri... kadang kecewa, kadang merana.... tapi pulangkan semula kepadaNYA... kerana DIA maha mendengar apa yang kita rintihkan.... DIA maha mengetahui apa yang DIA bagi pada kita....

teringat pada rentetan kehidupan seorang bapa dan seorang ibu.... di beri ujian yang mungkin jika terkena pada diri ini, tidak kuat untuk menempuhinya......

  • anak pertama di beri ujian dengan penyakit ATHMATIC CRONIC....
  • anak kedua di beri ujian dengan penyakit SCOLIOSIS....
  • anak ketiga di beri ujian dengan PEMBEDAHAN hidung dan apendix.....
  • anak keempat di beri ujian dengan penyakit RADANG SENDI....
  • anak kelima di beri ujian dengan penyakit JANTUNG LEMAH....
  • anak keenam di beri ujian dengan penyakit LUEKIMIA dan anak mereka telah kembali ke rahmatullah pada usia 7thn 7 hari.....
  • anak ketujuh di beri ujian dengan penyakit TONSELITIS dari kecil dan telah pun menjalani pembedahan sewaktu berumur 8tahun....
  • anak kelapan di beri ujian dengan penyakit G6PD....

daripada rentetan ini, mereka jatuh bangun bersama.... membesarkan amanah2 yang telah diberi olehNYA dengan sabar dan sentiasa tawakal kpdNYA.... sungguh besar jasa mereka..... mereka juga pernah memberi diri ini motivasi berkenaan ayat2 dari surah Ar Rahman tadi.... sungguh diri merasa kerdil... kerana hanya dengan sedikit nikmat yg DIA tarik dari diri, diri sudah menggelabah tak tentu arah.... mencari2 kembali keyakinan untuk bangkit dari terjunam kelembah kecewa.....

ya Allah.... Engkau memang benar lagi membenarkan.....
tiada yang layak di sembah melainkan Engkau......

daku mencari jalan kebenaran......
mencari keredhaan-MU pada setiap langkah perjalanan....
menuju destinasi nan satu......