Monday 24 June 2013

SuKu ABAD sudah........

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (surah az Zariyat ayat 56)

dengan rahman dan rahimMU ya Allah....
tika ini, masih lagi aku direzkikan menyedut dan menghembus nafas......

assalamu'alaikum.....
sudah bersawang kiranya blog nie sbb dah lama tak update.....
hmmm.....

kisah kali nie berkaitan dengan diri sendiri....
hakikatnya memang tulis pasal sendiri je selalu.... :)

sudah suku abad.....
buka satu masa yang sekejap....
diri ini membesar.....
merangkak, bergoleng, berjalan, berlari.....
bercakap (lambat sikit) heeee.....

tidak pernah rasanya diri nie sambut 'birthday'...
iya....
sungguh.......
abah tak pernah pun buat begitu.....

dulu time kecik2.... tiap hari abh mesti bacakan surah insyirah, 4 qul, alfatihah....
pastu hembus kat ubun2 kite....
sejuk je rasa.....time birthday abh buat mcm tu then cakap
" mesti jadi manusia yg berguna "

now.... dah besor panjang.....
abh kata " jom tembak doa dr jauh "
huhuhuhuhu.... nak touching jap.....

peristiwa paling lekat dalam ingatan pasal birthday nie time form5....
kejar cikgu satu sekolah sbb dia dalang prank kite....
dah penat kejar... simbah cat + carikkan kereta cikgu tu...
sampai ustaz pun tediam sbb kite buat tindakan sebegitu rupa....
membebel bagi tazkirah sampai org 'cop', dengan atiah tak leh buat main prank2 nie....
kuar nnt tazkirah marathon dia.....
ayat paling tak boleh lupa
"budaya barat tu nak je ikot... ape yg ade dalam Islam haram tak nak ikot... sape ajor prank2 orang... mmg semua haram jaddah"
pastu malamnya ustaz panggil....
bg nasihat sikit.... tak boleh cakap kasar...
tp diri nie still berkeras... 'ape ade dengan prank tu' tny balik kat ustaz.....
kalau asyik ingat keseronokan dunia, bila hati nak hidup.... menganiaya orang tau tak...
kalau time prank2 tu, suka2, pastu Allah cabut nyawa... nak jawap ape....
diam je ustaz dengar lagi kite membebel....
pastu masing2 minta maaf.... sampai hbs SPM baru pi tegur cikgu... ckp elok2...
aduhhh.... zaman 'gengster' dulu.... pantang kena cuit... tebakor jiwa... :)
semua tu pengalaman yg mendewasakan......
mari kita koreksi diri....
ingat kembali kenapa kita di pilih untuk lahir ke dunia ini....
apakah untuk bersuka-suka....
apakah untuk berfoya-foya....
apakah hanya untuk merasa nikmat di dunia??
dalam surah al Insan....
itulah kisah bgaimana manusia itu di ciptakan...
untuk apa manusia itu diciptakan....
rentetan perjalanan manusia....

SURAH AL INSAN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihan

[1]Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

[2]Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.


[3]Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).


[4](Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.


[5]Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”, -


[6]Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.


[7](Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.


[8]Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,


[9](Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,


[10]“Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut”.


[11]Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).


[12]Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.


[13]Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;


[14]Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.


[15]Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -


[16](Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.


[17]Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”,


[18]Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.


[19]Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.


[20]Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).


[21]Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.


[22](Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.


[23]Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.


[24]Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.


[25]Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;


[26]Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakansembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.


[27]Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).


[28]Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.


[29]Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


[30]Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


[31]Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



terfikir sejenak.....
apa yg aku dah lakukan selama suku abad nie....
apakah aku sudah menjadi hambaNYA....
atau masih merangkak menuju DIA....
atau masih di awang2an.....

ya Allah.....
terima aku menjadi hambaMU....
itu selalu doa yg di pinta.....

moga ianya menjadi kenyataan....
amin ya Rabb.....

kali nie....
sahabat2 comel bg surprise 'kek'...


sambut sama2 sorg lagi sahabat...

22/06/1988 - 22/06/2013 = 25thn....... (suku abad)

pagi 22/06/2013 --->

abah masej.....

: selamat bertambah umur yg pada hakikatnya semakin berkurang....

: terimakasih abah

: semoga selamat dunia akhirat dengan iman 100%...

: amin... insya'Allah... perlukan redha abah n ummi....

: insya'Allah... sama2 kita perbaiki diri di perjalanan ini....

ummi call :

: nape suara tu??

: mcm nak demam laa ummi...

: lama dah tak demam kan... mkn ubat...

: atiah kebal

: yela tu....

: selamat bertambah umur... jgn nakal2...

: baek <--- nak ngalir dah airmata...

: baekk2.... itu jela modal nak ckp kan kalau budak nakal... (ketawa sama2).. abah kata dah laa ank kedua, bfday tengah tahun... yg lain semua hujung n awl tahun.... haha

: hehe, yela ummi.... nakal2 manja gitu.... dah besor tak kena rotan dah kalau nakal.... tu la... nak masok balik dlm perot ummi... nak lahir same tarikh ngn adik bradik lain

: amboii.... kalau boleh... haha.. Allah dah tetapkan... tengah tahun untuk ank kedua ummi nie... haha.. jaga kesihatan... moga istiqamah dalam perjalanan menuju Dia... sama2 kita perbaiki...

: terdetik dlm hati... mcm ayat abh tadi...
baekk... doakan atiah ya ummi... perlukan redha abh n ummi....

: amin, insya'Allah.......



terimakasih buat teman2 yang doakan diri ini....
doakan kesejahteraan, kesihatan yg baik, rezki, kawin, blajar....
moga Allah makbulkan doa kalian........
doa abah ummi n family..... sangat2 diperlukan :)
SAYANG antum semua....


tak tau nak tulis ape....
tetiba touching lebih......
hmm....

sampai sini je kot...
buat masa sekarang..... :)

ma'assalamah.....
 
Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!”
(surah al Mu'minun ayat 118)

Sunday 5 May 2013

sekadar perkongsian....

24 jamadilakhir 1434 / 5.5.2013

melalui pemerhatian dan perkongsian....

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”. (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah)

rasa-rasanya....
ada yang berani tak??

♥ mencari sesuatu di perjlanan menuju jannah ♥


Saturday 27 April 2013

~ adab atau cara-cara nak meminang ~

assalamu'alaikum para sahabat sekalian....
lama juga tak menulis nie....
terdetik untuk share sumting bila ramai antara sahabat2 yang bertanya, bagaimana cara nak meminang, boleh tak perempuan meminang lelaki, boleh tak meminang orang yang berada dalam keadaan iddah....
hmmm.... cari-cari sumber di buku-buku dan internet, terjumpa lah gambar-gambar nie....
mudah di fahami.....
jom kite bace sesame ekkk :)









ape pendapat semua??? faham dengan beberapa penerangan tersebut??
diharap, kite sama2 dapat input yang berguna untuk kita semua....

wallahu'alam.....

topup ilmu, tambah amal <3

ma'assalamh.....