Tuesday 29 May 2012

~ Doktor VS Pesakit ~


doktor: assalamu'laikum... selamat pagi.... (sambil senyum paling manis)

pesakit: wa'alaikumsalam.... (monyok)

doktor: rasa macam mana hari nie?? sihat??

pesakit: kalau saya sihat, taklah masuk hospital....(makin monyok)

doktor: Allah kata, kalau kita kurang rasa redha pada ujian DIA.. pasti kita rasa kecewa.. (sambil2 sediakan mesin pemeriksaan)

pesakit: (menangis sambil bercakap) tapi, sakit tau nak kena duk wad hari2... saya mampu bergerak, tp doktor paksa saya baring tiap jam...

doktor: sebab awak perlu rehat yang secukupnya... yang sebenarnya, kita tak tahu badan kita kuat atau tak... sebab kita rasa biasa je... dalaman kita tak nampak... sekarang awak cedera dalaman, tapi awak tau yg dalaman tu cedera sebelum kita buat beberapa check up??

pesakit: baik... tapi saya nak jalan2... (masih merajuk)

doktor: kat dalam bilik nie je.. tak boleh keluar...

pesakit: nak pi taman... tengok matahari....

doktor: kena panggil nurse kalau mcm tu...

pesakit: mesti kena naik kerusi roda... (monyok balik)

doktor: nak tak?? (senyum sinis)

pesakit: baaeeekkkkk... (sambil wat tabik hormat)

doktor: nakalnye dia...

pesakit: mestilah... kite kena ceria baru tak rasa sakit...

doktor: haaa... tu pandai je ckp camtu.... tapi saya tengok, 24jam monyok.... (sambil ketawa)

pesakit: owwhhh.. doktor tengok saya ekkkk... (wat2 marah)

doktor: mestilah... awak kan pesakit saya... kena tengok perkembangan tiap jam...

pesakit: baeekk....

doktor: tak habis2 dengan 'baeekk' dia...

pesakit: (senyum lebar) hehe.. doktor, saya nak exam ngan kawan2 tak nak ambil kat hospital.............

doktor: kena janji, jangan nakal sangat....

pesakit: baeekkk bos... hehe (wat2 muka cumil)

doktor: janji tau nie...

pesakit: (mengangguk tanda setuju + senyum lebar je hari tu) :)


[25/05/2012 - 27/05/2012]

Wednesday 9 May 2012

~ benarlah ~

benarlah......
apa yang ada semua milikNYA...

benarlah....
apa yang diajar kepada kita adalah dariNYA....

benarlah....
setiap yang kita jalani adalah dari jalanNYA....

benarlah.....
pada setiap kebenaran yang di beri tunjuk pada kita.....

benarlah.....
pada setiap rahsia dalam rahsiaNYA menuntut mujahadah yang tinggi.....

maka.... renungi ayat ini....

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"


ayat ini berulang-ulang di dalam surah Ar Rahman.... maka bagaimana kita???
apakah setiap nikmat yang Allah beri itu kita benarkan(syukur), atau apakah kita menolaknya(kecewa/tidak redha)......

mana yang benar lagi membenarkan??

tanya hati kita.... apakah kita benar membenarkan setiap zarah yang kita lalui???

sungguh, kita sentiasa alpa padaNYA.... kita alpa untuk membenarkan apa yang telah benar.... kerana kita manusia.... di ciptakan tidak sempurna..... akan tetapi mampu di sempurnakan.... dengan syukur pada setiap detik nikmat yang DIA beri.....

berfikir sejenak tentang diri... kadang kecewa, kadang merana.... tapi pulangkan semula kepadaNYA... kerana DIA maha mendengar apa yang kita rintihkan.... DIA maha mengetahui apa yang DIA bagi pada kita....

teringat pada rentetan kehidupan seorang bapa dan seorang ibu.... di beri ujian yang mungkin jika terkena pada diri ini, tidak kuat untuk menempuhinya......

  • anak pertama di beri ujian dengan penyakit ATHMATIC CRONIC....
  • anak kedua di beri ujian dengan penyakit SCOLIOSIS....
  • anak ketiga di beri ujian dengan PEMBEDAHAN hidung dan apendix.....
  • anak keempat di beri ujian dengan penyakit RADANG SENDI....
  • anak kelima di beri ujian dengan penyakit JANTUNG LEMAH....
  • anak keenam di beri ujian dengan penyakit LUEKIMIA dan anak mereka telah kembali ke rahmatullah pada usia 7thn 7 hari.....
  • anak ketujuh di beri ujian dengan penyakit TONSELITIS dari kecil dan telah pun menjalani pembedahan sewaktu berumur 8tahun....
  • anak kelapan di beri ujian dengan penyakit G6PD....

daripada rentetan ini, mereka jatuh bangun bersama.... membesarkan amanah2 yang telah diberi olehNYA dengan sabar dan sentiasa tawakal kpdNYA.... sungguh besar jasa mereka..... mereka juga pernah memberi diri ini motivasi berkenaan ayat2 dari surah Ar Rahman tadi.... sungguh diri merasa kerdil... kerana hanya dengan sedikit nikmat yg DIA tarik dari diri, diri sudah menggelabah tak tentu arah.... mencari2 kembali keyakinan untuk bangkit dari terjunam kelembah kecewa.....

ya Allah.... Engkau memang benar lagi membenarkan.....
tiada yang layak di sembah melainkan Engkau......

daku mencari jalan kebenaran......
mencari keredhaan-MU pada setiap langkah perjalanan....
menuju destinasi nan satu......


Monday 16 April 2012

~ monolog diri ~


kadang kita mampu berlari...
kadang kita mampu berjalan....
terkadang juga kita mampu lagi untuk bersenda....

tapi ingatkah kita......
dalam sekelip mata Allah boleh menarik setiap 'kadang' kita itu???
mampukah pula kita menerimanya???

tepuk dada, tanya iman.....
di mana kita sekarang...

apakah masih berdiri dalam jalanNYA (sentiasa bersyukur)...
atau sudah tersasar dek kerana tidak mampu bersyukur dengan apa yang ada.....

terfikir sejenak.....
tadi pagi mampu lagi diri berjalan pergi menuntut ilmu....
tapi lepas maghrib tadi rebah tidak boleh berdiri.....
lantas jiwa diketuk hati dibeduk......
bertanya sendiri.....
pernahkah aku bersyukur pada setiap saat yang DIA beri???
pernahkah aku menadah syukur tatkala masih boleh berdiri???
pernahkah aku sujud syukur tika tarbiyahNYA sentiasa di hati???

ya Allah....
sungguh benar Engkau Maha Segala-galanya.....
Engkau pemberi nikmat....
dan juga boleh menarik balik nikmat yang telah di beri....
sungguh Engkau pemegang 'kunfayakun' itu......

ya Allah.....
jaga hati ku selalu....
agar aku sentiasa bersyukur....
dengan nikmat kasih sayang yang Engkau curahkan selama ini.....


~ bersyukurkah aku ~


ya Allah.....
bertanya pada diri.....
sudah hampir 23tahun Engkau memberi nikmat akal... nikmat hati.... nikmat kesihatan... dan bermacam-macam lagi.....
tapi apakah dalam tempoh 23tahun itu aku mensyukuri setiap detik nikmat yang Engkau beri....
apakah diri mengingati bahawa Engkau punya hak menarik setiap nikmat yang ada pada setiap hambaMU...

ya Allah.....
baru sahaja setahun Engkau menguji sedikit ke atas diriku...
menarik sedikit nikmat kesihatan....
sudahpun lidahku mengeluh kesah....
mengadu domba.....
ringan untuk mataku mengeluarkan air mata....
bertanya lagi pada diri.....
bersyukurkah diri pada setiap ujian yang di beri....
sedangkan ujian itu satu tarbiyah dariMU....
sedangkan ujian itu hanya sebesar zarah cuma.....

ya Allah.....
ku mohon......
teguhkan hatiku agar aku sentisa bersyukur.....
walau dalam apa jua situasi....
agar Engkau sentiasa terpahat dalam hati......
moga Engkau terus mentarbiyah diri.....

24tahun adalah tempoh yang panjang....
untuk aku mengetahui....
untuk aku mempelajari....
untuk aku meyakini....
sesungguhnya Allah itu sentiasa ada....
tidak pernah pun meninggalkan kita......

ya Allah.....
sungguh........ ku mohon......
berilah kekuatan pada diri ini.....
agar bersyukur pada setiap apa yang Engkau beri.....

Monday 19 March 2012

~ Ku RiNDu PaDaNyA ~


aku rindu padanya....
setiap saat detik dan ketika....
setiap kali selesai solat ku hadiahkan doa untuknya....
sungguh aku rindu padanya...

atiah tonjel & abah cekuntut :)

teringat akan ketika dulu....
dia guruku yang pertama....
mengajar aku tentang dunia dan akhiratNYA....
mengajar aku untuk terus berdiri di jalanNYA...
tabah menghadapi segala.....

dia tidak pernah penat untuk membimbingku....
teringat ketika di ajarkan aku lukisan....
aku tidak pandai melukis....
menangis ketika di marah...
tapi dia tetap sabar menunggu aku siapkan satu lukisan....
hanya lukisan rumah yang dia pinta....
itu pun tidak dapat aku siapkan....

di ajarkan aku matematik, pembacaan Al Quran, sains, kaji alam, memasak....
pelbagai lagi jenis ilmu yang dia ketahui....

aku sering bertanya tentang itu dan ini...
dia tidak pernah jemu menjawap....
pernah aku berdebat dengannya...
tentang gereja dan masjid....
tentang bible dan Al Quran....
tentang jemaah...
tentang dakwah.....
kerana aku  pencari CINTA yang ku damba...

sungguh ilmu Allah dia manfaatkan sebaiknya...
untuk dia kongsikan bersama.....
tidak sahaja dengan ku....
tetapi dengan seluruh keluarga ku....

dia juga merupakan sumber inspirasi aku untuk menjadi seorang 'GURU'...
ya seorang guru...
pernah dia bertanya kepadaku...
'nanti atiah dah besar nak jadi apa?'
aku menjawap 'nak jadi cikgu'....
dia hanya senyum ketika itu....
setelah aku lulus temuduga untuk masuk U...
dia bertanya lagi...
'betul ke nak jadi cikgu?'
'ya'... dengan yakin aku menjawap....
'belajar rajin-rajin... nak jadi cikgu kena sabar.... sentiasa sabar..'
 pesannya membuatkan aku kuat untuk berdiri di kala ini....
meneruskan apa yang aku impi...
menjadi seorang guru seperti dia...
insya'Allah suatu hari nanti...

Cikgu Daud Yahaya (1982 - now)

di kala ini sering sahaja aku teringatkan dia...
sering sahaja aku bermimpikan dia...
sering sahaja aku menghubunginya...
bertanyakan itu dan ini seperti dahulu kala....
dan dia tetap di situ memberikan jawapan yang terbaik padaku...
sungguh!! aku merindukannya....

guru ini juga membuatkan aku terus tabah menghadapi apa yang aku jalani sekarang....
tidak kira pahit atau manis.... tidak kira susah atau senang....
kerana dia pernah berkata 'Allah beri kita nikmat dunia untuk kita garap akhiratNYA'...

abah...
adalah guru terbaik yang pernah atiah jumpa...
Allah berikan rezeki yang sangat indah buat atiah...
dapat seorang abah yang merupakan seorang guru....
guru seni lukis, matematik, matematik tambahan, sains, pendidikan Islam, seni perusahaan....
atiah kagum abah boleh dan mampu mengajar subjek-subjek tu...
kebolehan seorang guru untuk mendidik anak bangsa....

di kejauhan ini membuatkan atiah mengimbau kembali...
setiap apa yang abah katakan...
setiap apa yang abah ajarkan ketika dulu....
ketika zaman atiah 'nakal'....

sungguh nikmat yang Allah berikan itu tidak ternilai harganya...
DIA beri atas dasar kasih sayang serta cintaNYA kepada kita hambaNYA...
agar kita tahu....
agar kita mengerti....
setiap apa yang terjadi...
milik DIA kekal abadi....
hanya usaha dari diri...
untuk mengubah apa yang terjadi...

terima kasih ya Allah....
Engkau hadirkan seorang guru padaku...
yang mampu mendidik ku...
tentang ilmu-ilmu MU yang sangat luas...

my WALI + MURSYID dunia akhirat


Monday 12 March 2012

~ kita berbeza ~



benar PENCIPTA kita adalah sama.....

benar PEMILIK jasad dan roh kita adalah sama.....

benar yang MENENTUKAN qada' dan qadar kita adalah sama....

benar kita berkongsi BUMI yang sama....

 


akan tetapi......

perjalanan yang telah di tetapkan buat kita BERBEZA....

fizikal kita berbeza....

akal kita berbeza.....

rohani kita berbeza.....

cara kita berbeza....

malahan....

KUDRAT kita jua jauh berbeza....



engkau boleh berlari ke sini sana....

melompat dan berjalan dengan bersahaja....

membuat itu dan ini mengikut suka....



tapi aku....

semuanya bagaikan tergendala....

berlari, melompat, berjalan terasa kaku seketika....

membuat itu dan ini tidak boleh suka-suka....



bezanya kita patutnya engkau rasa....

agar kau mengerti apa yang aku rasa.....

supaya engkau tak menuduh dengan bersahaja....

tentang itu dan ini mengikut suka......



bukan menyalahkan TAKDIR yang MAHA ESA....

akan tetapi ku pinta engkau berfikir seketika...

 berfikir tentang semua yang diciptakanNYA....

pasti ada perbezaannya.....

kerana itu sudah fitrah kejadianNYA.....



Thursday 8 March 2012



kadang terasa berputus asa....

kadang rasa terpinggir.....

kadang rasa tidak di beri perhatian....

kadang rasa diri nie 'cacat' tidak seperti orang lain....

tadi kena cakap 'awak pernah lumpuh? tak kan? jadi nape nak minta dikecualikan dr sebarang aktiviti....??'

ingatlah....

setiap orang itu berbeza.....

jangan cakap tntng diri sahaja.....

lihatlah org d sekeliling....

ada yg lebih sakit dr kita....

tersangat DOWN d saat ini.....

call abah ummi pun nangis sampai tak keluar suara.....

terfikir mcm mana nak explain kat org....

terfikir tak kan nak bgtau kat semua org tntg diri....

mcm menagih simpati....

menagih sesuatu yg hanya bersifat sementara....

  



Thursday 1 March 2012

~ CaBaRaN SeTeRuSnYa ~





di harap sahabat2 semua sihat2 belaka ekk... moga rahmat serta kasihsyg-NYA ada bersama kita setiap masa.... entry kali nie nak citer pasal sesuatu.... amenda ekk... 'aku dia dan sesuatu??' hehehehehe.... iya... aku 'DIA' dan sesuatu... DIA MAHA MENGETAHUI apa yang tidak kita ketahui... DIA pencipta alam ini... DIA pencinta abadi... DIA sentiasa menemani + memahami, apa yg kita perlu.... DIA mengatur segala gerak geri... bagi melicinkan proses hidup insani....  :)  perlu ingat, kesihatan itu anugerah, kesakitan itu nikmat dalam rahmatNYA... jika kita sabar + tabah + ikhlas, semestinya kita menjadi seorang hamba yang benar2 TAQWA kpdNYA... ini cabaran saya yang seterusnya pabila doktor mengesahkan sesuatu yang di dalamnya terselit sejuta makna + pengharapan + kesediaan + ketabahan buat diri saya....  nak kongsi serba sedikit tntng sesuatu.... sebermulanya begini.... jeng3~  hehe :)  citer tentang 1 penyakit yang di beri nama 'ANEMIA'.... haaaa... sape tau tntang penyakit nie, angkat kaki...??? hehehehehe  :)  meh saya kongsi serba sedikit tntng info yg baru saya dapat.....


ANEMIA
Merupakan sejenis penyakit dimana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalakan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia juga membawa maksud heamoglobin yang tidak mencukupi. Paras Hea moglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.





Anemia DISEBABKAN oleh perkara2 berikut:

1. Kehilangan darah (terbahagi kepada akut atau kronik)
- Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan

2. Kurang penghasilan sel darah merah dalam sum-sum
- kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan
- Kekurangan hormone: Paras hormo tiroid rendah
- kerosakan sum-sum: kanser darah, penyakit sum-sum
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia
, G6PD, rawatan kemoterapi untuk mencegah kanser.

3. Pemusnahan sel darah merah berlebihan
- berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Terbahagi kepada dua iaitu Anemia disebabkan kekurangan zat besi dan Talasemia.

Skala anemia
- Kadar Hb 10 gram – 8 gram disebut anemia ringan.
- Kadar Hb 8 gram – 5 gram disebut anemia sedang.
- Kadar Hb kurang dari 5 gram disebut anemia berat
 

Simptom dan Gejala Penyakit Anemia ini biasanya tidak disedari oleh penghidapnya. Sekiranya anda mengalami sebahagian simtom2 berikut, adalah disarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk ujian kesihatan.
- Keletihan setiap masa
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung cepat
-Kurang daya ingatan
 
Kompilasi yang disebabkan oleh Anemia
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
- mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
 
Tips untuk pesakit Anemia
Diet untuk memperbanyakkan hemogloblin makan makanan yg kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan, ayam, hati telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam, brokoli dan tauhu
 
Mempercepatkan penyerapan zat besi
-Makan atau minum jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C

ELAKKAN minum kopi atau teh selepas makan kerana kedua-dua minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi.

Berhati2 dengan KALSIUM kerana kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Anda harus berbincang dgn doktor bagaiman cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus utk tubuh anda

Vitamin B12 dan Asid Folat penting untuk tubuh dan boleh didapati dari daging ayam, daging merah dan sayur2an

Suplemen Zat besi- berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini kerana ianya mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah dan alahan

Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 5 hingga 10 tahun
-sekiranya anda wanita yang tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah untuk mengesan adakah anda menghidap anemia.









nie lah serba sedikit tentang penyakit nie... kalau nak tahu lebih lanjut, silalah merujuk pada doktor  :)

kalau2 ada salah dan silap dlm penulisan kali ini, harap di maafkan serta di perbetulkan  :)

mungkin sampai disini sahaja.....

apa yang baik itu datangnya dr ALLAH, dan yang buruk itu juga datangnya dari DIA tapi disandarkan pada diri saya....

mohon maaf seikhlas hati....

ma'assalamah.....

wallahu'alam.....


Wednesday 29 February 2012



masihkah punya ruang untukku

memperbaiki salah dan silapku

hingga ke hujung waktu

yang telah di tetapkan untukku

masihkah punya harapan

terang benderang menyuluh kegelapan

perjalanan amat payah jika diri kurang MUJAHADAH




beringatlah diri

lambat laun kau akan pergi

pergi menemui ILLAHI




maka bekalan apa yang sudah kau siapkan???!!!



sayangilah diri jika ingin redha ILLAHI

kasihanilah diri jika engkau sedar engkau hanya INSANI





Saturday 25 February 2012

~ PERJALANAN INI ~


masih aku menikmati RAHMAT-NYA

masih aku meniti setiap NIKMAT-NYA

tp apakah aku sedar akan KEMURKAAN-NYA

pabila aku sibuk dengan DUNIA MENIPU DAYA

sehingga aku MELUPAKAN-NYA

tatkala hati sarat dengan NODA

percayakah aku pada KEKUASAAN-NYA


mengenal erti kehidupan ini

perlu pada paksi KETAQWAAN yang tinggi

MUJAHADAH pada jalan yang berduri

agar hati cekal serta tabah menghadapi

setiap ujian cabaran yang di datangi

untuk menguat dan mengukuhkan apa yang di beri

supaya aku kenal pada DIA yang sangat memahami

pada setiap TARBIYAH yang mampu untuk aku menangisi

DOSAN & NODA yang telah mencalari

segenap jiwa dan sanubari


YA ALLAH

ku mohon padaMU

kukuhkanlah IMAN ku

terimalah aku

kekalkanlah aku pada JALAN-MU

agar ku tahu

ENGKAU sentiasa ada dekat dengan ku


Sunday 8 January 2012

~ LonGtErM MeMoRy ~




buat teman2... sahabat2.... apa khabar semua... diri ini harap semua sht2 hendaknya serta sentiasa di bwh naungan kasih sayang-NYA.... nak tulis tentang apa ek.... hurmm......
'LONGTERM MEMORY'.... pernah belajar..... nak citer ckit arr... apa yang lekat kat dalam memori nie sepanjang yg di ingat... hehehehehe



1408 H / 1988M - tahun diri ini dilahirkan... tak tahu bila di tiupkan roh.... :)  lahir pada 08 zulkaedah 1408H bersamaan 22/06/1988..... di HOSPITAL QUEEN ELIZABETH KOTA KINABALU SABAH DI BWH BAYU..... bangga sungguh ngn sabah.... hehehehe... nama di beri UMMU 'ATIAH BINTI DAUD.... sblm aku lahir, ank pertama cikgu Daud n puan Kharshiah ialah AMNI BINTI DAUD..... dia nie akak aku laaa.... lahir pada 04/10/1986 kat hspital sama ngn aku... hehehehe... teman setia time aku tak pandai lagi becakap.... :)

1990M - lum berapa nak igt... dapat adik 07/01/1990 yang di beri nama MUHAMMAD 'AQIB BIN DAUD.... hmm... jd akak dah :)  hepi giler.... adik laki lak tu... ada geng.... abah kata aku lum pandai becakap lg time nie.... lambat betul tiah nak becakap... hehehehe

1991M - 06/12/1991 dpt adik lg.. kali nie adik pmpn... namanya UMMU ANIS BINTI DAUD.... jd dah dua org adik..... still lum leh becakap.... aduiii.. susah hati dah abah..... takut2 ank dia yg atiah nie kena guna 'sign language'.... hehehehe..

1992M - haaa..... time nie dah boleh becakap.... abah kata 'makin abah risau bila tiah dah mula becakap...' 'nape lak risau lagi??'  'sebab tak pandai lak nak berhenti cakapnya.....'  hahahahaha... lek arr bah... sampai sekarang atiah masih tak leh nak stop.... hehe... nikmat becakap tu ada juga kat diri... Allah bagi... kan3~

1993M - 13/12/1993 yeaaahhhhh dapat adik lagi..... hehehehehe... pmpn lagi.... namanya AHYA' UL AIMAN BINTI DAUD.... haaa... yg nie agak bahaya ckit... baby paling berat dalam family.. 4.5kg tu.... mcm bantal golek tgk maman time kecik2... cumil cam ank jipun.... hahahaha... jgn marah akak ekk man..... tahun nie juga diri ini masuk tadika.... best laa bila dapat belajar... bekobar2 nak pi sekolah....

1994M - dah makin besor... 6 tahun kot..... hehehehe...

1995M - diri nie naik darjah 1.... wahhhhh.... skolah besor ckit dah.... hehehehe... time tu 3bln skolah kat MADRASAH IMAM AN NASAI'E TUARAN SABAH then ikut abah ke smnjung... pi arr skolah biasa SK ULU BERNAM.... rasa tak serasi time tu sbb dr tadika skolah cakap arab.. skali gi skolah tu kena ckp bm... mmg rasa tersisih juga time tu... sbb tak pandai nak ckp bm sangat.. hahahaha.. lama2 ok.... 23/11/1995 dapat adik lg..... kali nie laki... dah dua adik laki, 2 adik pompuan.... namanya AHMAD AKMAL*........ nie special ckit... ummi lahirkan kat hospital besor MUAR.. kira2 org semenanjung arr.... hahahaha... time ni ikut abah sambung study kat IPSI... skrg dah jadi UPSI tmpt tu... duk kat ulu bernam.... igt lagi dalam sebulan mesti seminggu abh kena duk kampus... tinggal laa kitorg kat kg sri geriang.... haa... igt lg tmpt tu.... time nie igt akn duk smnjung terus.. rupa2nya tak... 26/12 flight to KOTA KINABALU again!!! yes again.... best sangat time nie... dapat balik sabah semula...

1996M - darjah 2... skolah kat SK KEPAYAN... ngn anak2 polis.... kwasan barek polis kan... hmm....

1997M - darjah 3..... masih kat skolah yang sama.... jadi ketua pengawas untuk pelajar2 sesi petang..... garang gilerr time nie.... sukan 1st ikut, lumba lari.... yeahhh... 04/10/1997 dapat adik lagi..... hehehehe... pompuan.... BALQIS BINTI DAUD namanya.....

1998M - darjah 4.... tukar skolah pi SK BAHANG PENAMPANG..... akibat umah ada kat tengah2 jalan time tu... hahahahaha... abh senang nak hantar sbb sejalan ngn skolah yang abh ajar.... terbaekk... pertengahan sambung nek basikal pi skolah... sbb masa skolah tak sama ngn abh... abh ngajar skolah menengah.... mana sama ngn skolah budak2.. hehe.. 1st time ikut nasyid skolah rendah time tilawah alQuran....

1999M - darjah 5.... paling nakal kat skolah kot... adeeeiii.. anak cikgu pun nakal.. tak boleh blah betol... hehehehe... kecik2... mesti arr nakal kan.... budak2... wat suke hati arr.... hehe.. 19/10/1999 dpt adik last... ADNAN BIN DAUD.... laki tu... tp adik ada sakit G6PD.... cian adik time kecik2 dah kena duk bwh lampu... kuning bebenor....

2000M - zaman Y2K.... haaaaa.... zaman alien tu.... igt lagi kwn2 ckp cmtu.... lantak korg arr nak ckp ape... yg penting thn tu diri ini ambik test besor UPSR......

2001M - memulakan langkah kaki ke skolah menengah... form 1...... SMK BAHANG PENAMPANG.... takut time tu kena buli ngn senior... bapak besor senior2 semua.... tp berkat kegarangan n keganasan diri ini, haaaaaa.... xdak sapa leh buli.... hehe.....

2002M - masuk sukan bola sepak.... bekejor2 lari satu umah ngn abh... pasal abh tak bg kot ank pmpn dia ikut men bola.... aduhh.... cian abh dapat ank nakal mcm nie... hehehehe... sabar ekk bah... org kata, sape2 yg pegang gerangan ANGAH ni agak2 terejal ckit... bak kata maman bentingal... hahahahaha...... bln 4 thn nie bapa kepada ummi (atok abh) meninggal.... ummi ngn dua adik yg last je dapat blk kg time tu.... 4hri lepas ummi ngn adik2 balik, kami di sabah dapat berita arwah atok dah takde.... huhuhuhuhu... memang sedih berabis laa.... then another ujian tuk abh ummi ank ke enam *AHMAD di sahkan menghidap LUEKIMIA..... pergghhh.... masing2 google search, pi labry, cari ape ke benda sakit nie... then citer2 kat arwah adik ape sbnarnya sakit dia..... sedih bila dpt tahu... 'CANCER DARAH'.... huhuhuhu.... byk yg kami kongsi ngn arwah adik... dia sorg yg istimewa.... dia sorg yg genius tp dia ada sakit lain.... 'DYSLEXIA'...... ape lg sakit nie....??? hmm.... nnt kita citer lain masa pasal sakit dyslexia nie... igt lagi time dia ckp 'ummi balik laa umah... Ahmad takpe kat hspital... cian adik demam... lgpun adik menyusu lagi'.... ya Allah..... time sukma berlangsung, dia sanggup nak kuar dr wad semata2 nak tgk bunga api.. then cakap kat ummi 'kak tiah mesti best dpt tgk dktkan'... time tu diri nie ikut kebudayaan utk sukma..... sedih2.... 18 ramadhan bersamaan 23/11 dia birthday... dia nak kak amni buat kek... seronok betul time tu.... arwah dapat puasa sama2.... huhuhuhu... then 25 ramadhan bersamaan 30/11 adik pergi dijemput Illahi jm2.15pg.... mlm slps terawih sempat dia ckp kat abg dia 'qib, ko nnt kena jg adik2.... jgn laa ikut baran ko... ahmad marah nie kalau ko gaduh2 ngn adik... nnt kalau ahmad dah takde, jaga betul2...' ya Allah.. peringatan buat kami.... jam12.30 dia nak mandi... tiba2.... then dia sakit perut.. dia ajak ummi pi hospital.... jam3.30 abh ngn ummi bw balik jasad adik yang sudah tidak bernyawa...... maman time tu sedih sgt2...... adik dia... beguling2 sma2.. pi skolah lagi.... takpe2..... ujian Allah.... sudah tercatat untuk family....

2003M - meneruskan perjuangan untuk form 3.... test besor lagi PMR....

2004M - hati memang dah tekad nak pi skolah teknik time tu.... tak nak skolah biasa.... sbb form 1 nak pi skolah aliran agama xdpt... kali ni dapat pi lak... alhamdulillah... wlupun bkn kos yg d nak... PENGURUSAN MAKANAN... arrgghhhh... sains tulen kot.... parah2.... begaduh ngn cikgu sebab nak drop bio ngn add math.... sampai abh kena panggil pi skolah.... hehehehehe.... nakal tak sudah ank abh nie...

2005M - test besor lagi SPM..... time nie mmg berontak hbs.... lawan cakap cikgu je.... ape nak jd laa.... spm pun dpt paling 'BODOH' laa.... pandang cikgu lain mcm je time amik kptsn spm... 'ko igt aku tak boleh lulus dengan sumpahan ko tu' hahahahaha.. smpat lagi hati berkata2..... mmg bentingal laa..... ya Allah....

2006M - mohon politeknik..... tp xdpt... duk umah tolong ummi menjait n memasak.... wahh... dpt gak duit.....

2007M - mohon lg politeknik.... xdpt kemasukan julai tp januari 2008..... wahhh... melompat2 kat dlm umah... peluk abh ngn ummi.... hahahahaha... hepi giler nak smbung study... kwn2 dah lama, diri nie tercicir sedikit.... igt... rezkinya di situ.... hehe....

2008M -  memulakan hidup baru di alam IPT.... IPT ke??? yela.... blajar bkn lg berorentasikan skolah.... dah besor kot.... 20thn time tu... haaaa 20thn?? org pun tak caya... ape ko ingt sebaya ke?? hehe... then ada la org2 tanya... nape amik kos nie (DIP. PENGURUSAN HOTEL & KATERING).. awk kan btudung labuh... tak tkt ke??? dlm hati time tu 'ko pikir najis sgt ke kos nie... ko igt org btudung labuh takleh amik kos nie... aku lempang juga dorg nie'.... jwpn yg tekuar kat mulut time tu 'itu pilihan saya yg Allah bg saya untuk saya rasa... susah senang tu dr DIA... dan kamu takda hak utk kata mcm tu kat saya... hina sangat ke??? kalau hina, kos nie takkn d komersial kan kat dlm IPT... maaf ya.... pada saya, kamu sgt kurg ajar bila tny saya mcm tu.... salam...'..... perrghh.... di label trus 'nama jak tudung labuh, tp mulut'.... lantak korg laa kan.... rezki Allah....

2009M - teruskan lagi pengajian.......

2010M - wahhh... tahun akhir kat poli.... susah senang dlm study dpt juga d tempuh... mmg tabik arrr... hehehehehe.. abh suh balik kg lps hbs study... adeh... beratnya nak pi sana.... lagi pun family besar dah sepakat suh ummi jaga atok2 yg tinggal... dlm hati 'wooiiiittt... korg sape hah nak pisah2 kan mak bapak aku... suke hati korg je..' baran hbs... tp cool cpt sbb abh lak tazkirah ktorg pastu... kan dah kena tazkirah... ceramah marathon sampai jam 2pg kot..... tp tak rasa lama sbb masing2 kena timbal balik nape Allah bg kita ujian mcm nie... wah... touching gilleeerrrr arrr time tu.... tunggu maman hbs SPM... baru cau dr sabah.... 24/12 ktorg flight to KLIA... welcome to Johor darul Ta'zim.... ok.... fine... kena ckp slank smnjung lak pas nie.... masing2 buat muka... hahahahaha...

2011M - time abh nak blk semula ke sabah lepas hntar kmi blk kg, nak je ckp kat abh... 'bw laa kmi balik kk... ndak mau ba idup d cnie.... '  hehehehehe... tp ape kan daya.... tp kami ada planning... tiket masih ada utk blk sana.... apa lg..... bln dua balik sabah semula.... mengamuk cikgu daud..... sabar ye cikgu..... ank cikgu yg berdua nie mmg agak 'special' ckit dlm bab2 ginie.... hehe agak besabor je kot abah nengok kiteorg tecegat kat airport..... nmpk je abh time tu 'abahhhhhhh'... teriak mcm nak bg KKIA tu runtuh... mcm laa tak jumpa beratus taun.... hehehehehe... then mulakan hidup slps tamat study.... beguling2 di rumah namanya (menganggur) hahahahahaha... bln 6 keje kat koop... bln 7 KONVOKESYEN!!!!! hehehehehe..... bln 7 juga maman memulakan langkah hidup d alam IPT... cayalah maman... pi perlis abah tak hantar pun... jalan sendiri kot... jauh tu... utara tanah air... tak pe... 'abg dara' boleh.... kan.. hehehehe... skali bln 8 diri ini dpt surat pi UPM..... sedih nak meraung time tu..... ntah nape... temenung duk sorg2 pikir abh.... addeeeiii.... sodih eden... bln 9 terpaksa juga tinggalkan abh semula kat KOTA KINABALU demi menuntut ilmu.... atiah ngn maman tak tinggalkan abh tau... kami pi jap je.... huhuhuhuhu... nangis la pula.... touching semcm je.... adeeehhh.... hehehehe.... mmg arr touching.. tiap mlm kot kol abh nangis nak balik sabah.. ape pny angah la... dulu kecik2 lagak taiko... skali dah besor nak duk bwh ketiak abh je... hehehehe.. hmmm.. pakkal laa ummi ngn adik2 ade kat smnjung juga... kalau tak, mau aku meraung sorg kat upm nie... hehe... lagi satu yg nak touching.... pd 28 ramadhan thn nie bersamaan 28/08 bapa kepada abah (atok aya) meninggal.... sehari lagi nak raya... n beberapa hari lg nak mendaftar u... mmg sedih sgt2... sbb jnji ngn arwah atok, nnt atiah jmpa atok ekk.. tunggu tau... then atok pun ckp 'atok tunggu asiah balik'.... ya Allah.... nangis lagi nie.....

2012M - skrg (bln 1) tgh exam pertama kat upm.... ada lg 3thn kat cnie..... alhamdulillah.... masih ok walaupun agak susah sbnarnya nak sesuaikan diri.... hehe... yela... takdak kwn ckp slank sabah.... mati kutu d buatnya.... suma pakat slank mcm2 kat upm nie.... serius aku tak paham kekadang korg ckp..... kalau aku byk tny tu, fhm2 la ekk... jgn lak kutuk2 aku.... almaklum laaa.... slank kita ndak sama baa.... ti lau aku ckp ikut slank aku, matai sikur2 mau ketawakan..... hehehehehe


ape2 pun yang terjadi dalam sepanjang kehidupan kita, ingatlah bahawa ia sudahpun tertulis di LUH MAHFUZ-NYA..... ingat!!!! hehe  :)  byk nak tulis nie... tp.............. hmmm.....

hehehehe... byk kot yg d tulis nie.... k.. dah laa.... nak pi solat....

hmmm..... sehingga bertemu kmbali....

wassalam......  :)

ABAH N UMMI TERSAYANG........







kiteorg sblm flight to KLIA......


abah n dua ank lelakinya.....



Wednesday 4 January 2012

~ SeDiKiT CoReTaN TeNtAnG diriku pada 9 SAFAR 1433H ~






alhamdulillah... hari ini di beri kesempatan untuk mencorat coret sedikit di laman ini.... tidak tahu mcm mana mahu khabarkan pada diri dan hati.... Allah sahaja yg Maha mengetahuinya.... semalam bersamaan 9 Safar 1433H / 3 januari 2012 adalah hari pertama exam di alam universiti.... almaklum sajalah... baru2 je nak menjinakkn diri dalam dunia yang baharu.... ya... semalam ada dua paper untuk di jawap... pd jam8.30pg paper Kenegaraan Malaysia... pd jam8.30mlm paper psikologi pendidikan... agak2 killer juga laa sbb diri ini agak lemah sekali dalam bab2 mengarang dan menghafal teori2 serta falsafah2 nie... tp syukur alhamdulillah... ke dua-dua paper dapat di jawap.... ingin mencoret tentang perjalanan hidup hari ini.... sebermulanya perjalanan hidup kembali selepas di tidurkan olehNYA.... bangun subuh... dapat tahajud sekejap.... bca surah2 penguat hati..... bermula langkah kaki menuju dewan, hati terdetik seraya berkata "bismillahhirrahmannirrahim.. Dgn zatMU ya Allah, ku mhn keredhaan-MU".... sambil kaki melangkah membawa arah... hati tidak diam.. terus memuji2 kebesaran Allah.. berzikir serta melafazkan doa untuk penguat jiwa..... sampai di dewan, kami di arahkan untuk menandatangani kehadiran sblm memasuki dewan peperiksaan.... tepat jam8.30pg, kami dibenarkan menjawap soalan..... jam10.30pg, selesai kertas yang pertama.... dalam hati berdetik... 'ya Allah... Engkau curahkan ilmuMU ke atas ku... ku pohon redhaMU untuk setiap ilmu itu'..... kaki melangkah keluar dewan bertemu sahabat2 yang lain... ada yang kata ok boleh jawap.. ada yang kata agak susah sedikit... tp jiwaku berkata..... 'tawakallah hati.... DIA pasti menerangi setiap apa yg DIA beri'..... kaki menghayun langkah lagi.... menuju gerai2 untuk mengisi perut yg agak kelaparan bergendang2 mcm gendang perang... hehehehe... selesai makan.... terus menuju library... memang berniat untuk stay kat situ sebelum mula paper kedua..... tak sampai pun sejam, mata mula mengantuk.... sorg sahabat ajak ke surau.. 'study kat sana jelah' dia kata.... 'ok.. jom'... senang je bibir melafaz.... ketika dalam perjalanan, sahabat tu bertanya lagi.... 'kita ke masjid je lah.. tempatnya pun dekat dengan masjid... nnt senang je'.... sekali lagi bibir melafaz 'no prob... ikut je'.... hehehehe... kami berdua pun ke masjid... tekedek2 berjalan kaki... seiring berjalan menuju rumah Illahi... sambil2 melihat keindahan rumput2 yang menghijau... sungguh!! cantiknya ciptaanNYA.... subhanallah.....  :)  sesampainya di masjid, terus melaksanakan fardhu zuhur.... alhamdulillah.. di beri kesempatan menuaikan fardhu di dlm rumahNYA..... (baru kedua kali menjejakkan kaki ke Masjid UPM nie... hehehehe).... selepas solat... hati terdetik untuk baca yasin dan tahlil.... selesai membaca, hati merintih.... 'ya Allah... sungguh aku tenang di dalam rumahMU... berilah aku ketenangan ini sehingga penghujung nyawaku'.... mulakan ulangkaji setelah selesai mengadu padaNYA..... tenang... sabar.... kedamaian... benar... sesungguhnya Islam itu satu kedamaian... jam menunjukkan angka 3.47ptg..... muncul mesej 'atiah, dia nazak...' sedikit sahaja perkataannya... membuatkan hati ini resah gelisah... ya Allah... tenangkan hatiku... berulang kali ku mohon.... sahabat2 yg lain ku beritahu.... ada yg menangis.. ada yang pasrah... ada yg terdiam bungkam.... dalam hati ku berbisik 'ya Allah... jika ini sudah suratanMU... Engkau ambillah dia dalam keadaan yang paling baik'.... selepas asar... ketenangan menyirap kembali... ku tanam dalam hati.... 'redhailah jika dia pergi'.... jam5.40 dtg lagi mesej.... 'atiah, dia dah sedar tapi lemah... abg sayu bila dengar apa yg keluar dari mulut dia.... satu je perkataan.. 'ALLAH'.. berulang2 kali'.... ingin mengalir airmata saat itu.. tapi ku tahan... berbisik lagi di dalam hati 'ya Allah... tabahkan hatinya.. lorongkanlah jalan yang baik ketika menghadapMU ya Allah'....  hati menjerit melaung dengan kuat.... tp bibir kelu tidak berkata.... hati + diri membuat persiapan.... hati memujuk... setiap yang hidup pastikan mati.. kerana itulah fitrah manusia... mati hanya sekadar sebab untuk bertemu Illahi di ukhrawi kelak.... moga ada pertemuan di'sana' nnti... insya'Allah... mengisi detik2 masa dan waktu dengan membuat sedikit imbasan pada nota2 untuk paper yang seterusnya.... selesai solat maghrib berjemaah.... langkah kaki membawa ke dewan peperiksaan..... mesej ku terima 10minit sebelum masuk ke dalam dewan 'atiah, dia sudah pergi menemuiNYA.... tepat azan maghrib tadi'..... ku lihat tulisan2 ayat2 perkataan2 di skrin hp.... iye ke... tiba2 hati berbisik.... ya Allah..... tenangkan hatiku.... ku ulang2.... ku mesej sahabat2 yang lain... mereka tidak berdaya mendengar berita..... melangkah masuk ke dalam dewan dengan perasaan yang tidak boleh dirungkai.... kepala mula pening..... tidak tahu mengapa.... dalam hati 'aku mampu menghabiskan paper ini.... tenang... Allah sentiasa ada.... jangan gelabah... biasalah ujian kehidupan'..... selesai menjawap, rasa memang tak tahan... pening + rasa nak muntah berkali2.... ya Allah... tabahkan hatiku ya Allah..... itu sahaja yang mampu ku ungkap....

" sahabat.. teringat akan katamu ketika jumaat terakhir di bulan Muharram yang lalu... engkau memberitahu, itulah jumaat terakhirmu.... engkau gagahkan diri mengikuti solat Jumaat walaupun ketika itu dirimu tersangatlah lemah... aku ingat lagi  pesan mu.. 'nanti ana nak pergi jauh tapi bukan tinggalkan enti... ana tak sabar bertemu kekasih ana' aku berseloroh 'haa... kekasih?? dalam hospital pun leh mengurat ekk..' tersenyum sambil berkata 'ana nak jumpa Illahi... tak sabar rasanya'.... 'dan satu lagi ana nak'... diam sejenak  'ana nak enti redha ya bila DIA menjemput ana'... ya Allah..... sebak dirasa.... sahabat... dalam perkenalan yang agak singkat.... Allah beri kita ukhuwah yang berpanjangan...... (berehatlah duhai sahabat dari ujian dunia, semoga kau soleh di sisi pangkuan Cinta Allah di sana) cedukan ayat dari blog abi Pahrol.... "







" ya Allah... dia sahabatku... Engkau yang mempertemukan kami... Engkau jualah yang memisahkan kami..... ini sudah tersurat di dalam perjalanan hidupku dan dia.... redhailah ukhuwah yang terbina.... ya Allah dia mampu menjadi abang untuk menjaga kepentingan adik2nya... dia juga mampu menjadi teman yang menjaga maruah sahabat2nya..... dia teman usrahku... dia sahabat karibku... dia kawan sepermainanku.... dia juga rakanku bersama menimba ilmuMU..... "


sedikit sebanyak coretan perjalanan 9 Safar 1433H...... banyak sebenarnya tetapi siapalah manusia untuk merungkai setiap zarah yang Allah tentukan untuk kita setiap hari....


itu saja......

esok ada lagi paper n hari2 seterusnya.....

sampai bertemu kembali......

wassalam.......