Thursday 1 March 2012

~ CaBaRaN SeTeRuSnYa ~





di harap sahabat2 semua sihat2 belaka ekk... moga rahmat serta kasihsyg-NYA ada bersama kita setiap masa.... entry kali nie nak citer pasal sesuatu.... amenda ekk... 'aku dia dan sesuatu??' hehehehehe.... iya... aku 'DIA' dan sesuatu... DIA MAHA MENGETAHUI apa yang tidak kita ketahui... DIA pencipta alam ini... DIA pencinta abadi... DIA sentiasa menemani + memahami, apa yg kita perlu.... DIA mengatur segala gerak geri... bagi melicinkan proses hidup insani....  :)  perlu ingat, kesihatan itu anugerah, kesakitan itu nikmat dalam rahmatNYA... jika kita sabar + tabah + ikhlas, semestinya kita menjadi seorang hamba yang benar2 TAQWA kpdNYA... ini cabaran saya yang seterusnya pabila doktor mengesahkan sesuatu yang di dalamnya terselit sejuta makna + pengharapan + kesediaan + ketabahan buat diri saya....  nak kongsi serba sedikit tntng sesuatu.... sebermulanya begini.... jeng3~  hehe :)  citer tentang 1 penyakit yang di beri nama 'ANEMIA'.... haaaa... sape tau tntang penyakit nie, angkat kaki...??? hehehehehe  :)  meh saya kongsi serba sedikit tntng info yg baru saya dapat.....


ANEMIA
Merupakan sejenis penyakit dimana tubuh badan mengalami kekurangan sel darah merah semasa proses pembawaan oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalakan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia juga membawa maksud heamoglobin yang tidak mencukupi. Paras Hea moglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.





Anemia DISEBABKAN oleh perkara2 berikut:

1. Kehilangan darah (terbahagi kepada akut atau kronik)
- Kehilangan darah akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan

2. Kurang penghasilan sel darah merah dalam sum-sum
- kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan
- Kekurangan hormone: Paras hormo tiroid rendah
- kerosakan sum-sum: kanser darah, penyakit sum-sum
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia
, G6PD, rawatan kemoterapi untuk mencegah kanser.

3. Pemusnahan sel darah merah berlebihan
- berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Terbahagi kepada dua iaitu Anemia disebabkan kekurangan zat besi dan Talasemia.

Skala anemia
- Kadar Hb 10 gram – 8 gram disebut anemia ringan.
- Kadar Hb 8 gram – 5 gram disebut anemia sedang.
- Kadar Hb kurang dari 5 gram disebut anemia berat
 

Simptom dan Gejala Penyakit Anemia ini biasanya tidak disedari oleh penghidapnya. Sekiranya anda mengalami sebahagian simtom2 berikut, adalah disarankan anda menjalani pemeriksaan doktor untuk ujian kesihatan.
- Keletihan setiap masa
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung cepat
-Kurang daya ingatan
 
Kompilasi yang disebabkan oleh Anemia
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi
- mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan
 
Tips untuk pesakit Anemia
Diet untuk memperbanyakkan hemogloblin makan makanan yg kaya dengan zat besi seperti daging merah, ikan, ayam, hati telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bayam, brokoli dan tauhu
 
Mempercepatkan penyerapan zat besi
-Makan atau minum jus limau, strawberi, brokoli atau buah-buahan dan sayur2an yang mengandungi vitamin C

ELAKKAN minum kopi atau teh selepas makan kerana kedua-dua minuman ini menyukarkan tubuh menyerap zat besi.

Berhati2 dengan KALSIUM kerana kalsium melemahkan penyerapan zat besi. Anda harus berbincang dgn doktor bagaiman cara terbaik mendapatkan kalsium dan zat besi sekali gus utk tubuh anda

Vitamin B12 dan Asid Folat penting untuk tubuh dan boleh didapati dari daging ayam, daging merah dan sayur2an

Suplemen Zat besi- berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini kerana ianya mempunyai kesan sampingan seperti pening kepala, muntah dan alahan

Lakukan pemeriksaan kesihatan setiap 5 hingga 10 tahun
-sekiranya anda wanita yang tidak hamil di usia produktif, buat pemeriksaan darah untuk mengesan adakah anda menghidap anemia.









nie lah serba sedikit tentang penyakit nie... kalau nak tahu lebih lanjut, silalah merujuk pada doktor  :)

kalau2 ada salah dan silap dlm penulisan kali ini, harap di maafkan serta di perbetulkan  :)

mungkin sampai disini sahaja.....

apa yang baik itu datangnya dr ALLAH, dan yang buruk itu juga datangnya dari DIA tapi disandarkan pada diri saya....

mohon maaf seikhlas hati....

ma'assalamah.....

wallahu'alam.....


No comments:

Post a Comment