Monday, 5 December 2011

~ 10 MUHARRAM ~

pejam celik pejam celik... dah nak masuk hari ke 10 kita dalam tahun 1433H nie... apa khabar sahabat2 semua?? ada yg berpuasa sunat hari nie??? moga setiap apa yg kita lakukan, di redhaiNYA.... ana ada nak kongsi sedikit tentang hari asyura (10 MUHARRAM) nie.... jom sama2 kita baca....

PeRiStIwA – PeRiStIwA PeNtIng yang berlaku di dalam tarikh 10 MUHARRAM

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit. 


14 PeRkArA SUNAT dilakukan pada 10 MUHARRAM (hari asyura)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka


marilah kita sama2 memulakan langkah baru dengan mulanya tahun baru ini.... dah 10 hari dah nie...
hmm.... jom puasa sunat ramai2...  :)
sedikit pesanan....
'ilmu Allah kita kongsi sama2 ekk...'
jika ada yg tersalah, mohon diperbetulkan....
jazakumullah khairan kathira....
ma'assalamah....






Thursday, 1 December 2011

~ usrah bersama sahabat ~









salam kasih... salam sayang... salam ukhuwah fillah abadan abada..... apa khbr sahabat semua?? moga2, dalam keadaan yg elok2 hendaknya :)   semalam bertarikh 4 muharram 1433H (30/11/2011), ana dan sahabat2 ana dpt berkumpul bersama2 bg menjayakn usrah yg dah lama kami tinggalkan (2 minggu) dek kerana 'bz' mengendalikan beberapa program.... alhamdulillah, usrah dapat di buat pada kali ini.... tajuknya juga sangat menarik.... 'UKHUWAH FILLAH'..... sangat meruntun jiwa tatkala sorg demi sorg melontarkan pendapat mengenai 'UKHUWAH FILLAH' nie.... mcm2 pendapat... dari akar hingga ke pucuk kami perhalusi maksud yang tersirat serta tersurat tentang ber'ukhuwah'.... pendapat yang menarik yg boleh di kongsi tentang mksud 'ukhuwah fillah' nie td ialah  "ikatan-ikatan hati (tautan hati) setiap sahabat melalui jalinan aqidah serta ikatan rabbani pada setiap jiwa yg merasainya" subhanallah.... begitu sekali sorg shbt nie menjelaskan maksud ukhuwah fillah.... sayu hati.... bertanya pd diri; adakah diri ini menjalinkan persahabatan sehingga mencapai tahap 'ukhuwah fillah'??  kemudian kami berkongsi sedikit cerita 'ukhuwah fillah' pada zaman dahulu yg boleh dijadikan titik tolak kita dalam mencari 'ukhuwah fillah' dalam kita menjalinkan talian persahabatan.... tajuk ceritanya 'SEGELAS AIR DI MEDAN PERANG'... ceritanya bermula begini.....


........  salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia. Abu Jahim bercerita : semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup tipis sekali. melihat keadaannya itu, lantas saya berkejar kepadanya untuk memberikan air. tetapi ketika hampir saya kepadanya, saya terdengar teriakan dari seorang pejuang Islam : " berikanlah saya air! air!" mendengar suaranya itu, saudara sepupu saya lantas memberikan isyarat agar saya pergi melayani orang itu terlebih dahulu dan memberikannya air. maka saya pun tanpa berlengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim bin Abilas. tetapi sebelum sempat saya menghampirinya, saya terdengar suara orang mengerang disebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim memberikan isyarat supaya saya memberikan air itu terlebih dahulu kepada orang yang mengerang dekat dengannya. bagaimanapun, sebelum sempat saya menghampiri pejuang yang ketiga itu, ia telah pun mati syahid. lalu saya bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. tanpa berlengah, saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya. sungguh tidak tahan rasa hati kerana saya dapati, dia juga telah mati syahid ......


selesai bercerita...... iktibar dari kisah perang tadi dapat kita simpulkan... jika talian hati, jalinan ukhuwah yang terbina kerana iman di dada, kerana mencari mardhotillah... sangatlah kuat dan kukuh jika dibandingkan dengan talian persahabatan kerana ingin mendapat kepentingan di sebalik talian persahabatan yg di buat.... kita sanggup buat apa sahaja bagi mengukuhkan tali Allah... tali perjuangan... tali persaudaraan..... ayuh teman..!!.. jika kita inginkan yang terbaik buat sahabat2 kita.... kukuhkan talian hati kita kepada talian 'ukhuwah fillah'..... perkuatkan lagi dengan bersama2 menuju destinasi yang satu..... alangkah bahagianya saat kita dapat merasa manisnya bersahabat kerana Allah... kerana ketika itu.... kita dapat bersama2 rasa pahit manis dalam menuju keabadian yang abadi....

banyak sebenarnya kisah2 yang boleh kita jadikan iktibar dalam kita melayari isi kehidupan yang telah Allah 'TAKDIR' kan untuk kita.... antara kisah2 yang terbaik, 'kisah Abu Bakar di patuk ular' 'kisah Ali mengambil tempat tidur Rasulullah' 'kisah muhajirin dan ansar'.... dan banyak lagi.....

apa yang baik jadikan teladan... yg buruk jadikan sempadan.... jagalah hati2 kita.... jagalah iman kita....

setakat ini perkongsian buat kali nie... moga kita mendapat sedikit sebanyak input dari kisah perang tadi.... apa yang baik itu dr Allah... dan buruk itu dr kelemahan diri ini.....  :)

mari kita ber'UKHUWAH KERANA ALLAH'.......  :)

sehingga bertemu lagi.......

wassalamu'alaikum....


Wednesday, 23 November 2011

~ sakit sendi ~

bismillah.....

assalamu'alaikum.... kaifahaluk sahabat2 semua...?? ana harap masih lagi kita berada di bwh naungan rahmat serta kasih sygNYA... :)  td terbaca satu artikel tentang sakit sendi... sendi yang tang mana tu... hehehehe... segala mcm jenis sendi lah.... tp yg paling menarik perhatian tentang arthritis..... meh kita nengok ape ke benda sakit sendi arthritis nie... meh2~  Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.


Osteoarthritis 

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
  • Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
  • Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.
  

gambar-gambar di bawah nie, untuk keterangan penyakit arthritis reumatoid.......












Arthritis Reumatoid 

Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
  • Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  • Kekakuan pada awal pagi.
  • Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
  • Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
  • Kelemahan dan kepenatan.
  • Demam bergred rendah.
  • Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
  • Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penting 

Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan.


Penjagaan Kendiri
  • Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
  • Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
  • Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
  • Selang selikan rehat.
  • Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
  • Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.


Gaya Hidup
  • Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat.
  • Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan bukannya menggunakan tangan sahaja.
  • Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.
  • Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
  • Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan usaha yang minima.



Elak

  • Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.

  • Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.

  • Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama

  • Memakai kasut yang tidak berpadanan.

  • Membiarkan sakit mengganggu moral anda.



kepada sesiapa yang ada sakit nie.... bw2 la pi jumpa doktor ekk.... tuk mengetahui tahap mana sakit anda tu... lg satu, amalkan cara hidup sihat.... kalau dah tau apa yg tak boleh di lakukan, stop... sila jgn lakukan ekk... bahaya.... ok then....
ma'assalamah....

Tuesday, 22 November 2011

~ dari suara hati ~


di mana kita tatkala tahun Islam menginjak ke tahun berikutnya???

di mana kita ketika dunia semakin ke alam yang seterusnya???

di mana kita tatkala seruanNYa memanggil2 kita untuk terus kukuh kpdNYA???

di mana kita tatkala hati kering bungkam dengan noda & dosa???

di mana kita ketika Allah menurunkan bala untuk peringatan buat kita???

di manakh kita???

di manakh hati???

di manakh akal???
 di mana???

cuba kita fikir sejenak.... detik demi detik... saat demi saat.... minit demi minit.... jam demi jam.... hari demi hari.... tahun demi tahun.... di manakah kita??? di manakah kita??? di manakah kita??? adakah kita seiring dengan kehendakNYA??? atau pun lari membengkok dari jalanNYA??? lihat keadaan diri dan hati... masihkah Allah di rindui??? masihkah Rasulullah di kasihi??? jika masih, alhamdulillah... teruskan mengasihi dan merindui... jika tidak??? apakah diri berusaha utk mengasihi dan merindui??? apakah kita igt bhawa setiap detik kita menuju ke arah kematian??? adakah kita INGAT??? ingatkah diri??? dunia penuh pancaroba.... dunia penuh dengan tipu daya... tetapi diri terus hanyut dengan gelora dunia... di pimpin dengan nafsu yang melulu... di ajak oleh syaitan yang menipu.... ya Allah....... sedih tatkala diri terus lalai dengan keasyikan dunia.... tidak sedikit pun menjenguk apa sebenarnya syurga yang nyata.... sedih tatkala diri terus menipu & ditipu... ya Allah.... layakkah diri mendapat redhaMU jika diri lari dr kebenaranMU... layakkah diri mendapat kasih sayangMU jika diri jauh dr jlnMU.... layakkah diri dengan syurgaMU jika diri berdiam tanpa usaha mencariMU.... ya Allah.... aku lemah ya Allah... lemah... tersangat lemah.... Engkau bimbinglah aku... teruskan bersamaku... agar aku sedar selalu... bahawa Engkau sentiasa ada di sisiku... ya Allah.... 


Saturday, 12 November 2011

~ PeNYaKiT SKOLIOSIS (scoliosis) ~

bismillahhirrahmannirrahim....
tok3~ assalamu'alaikum para sahabat... apa khabar hari ini... sht??? sebermulanya entry nie... tak tau nak tulis apa..... haaa..... pasal satu penyakit yang jarang2 skali kite dengor... hehehe... SKOLIOSIS... korg pernah tau ape penyakit nie??? haaa.. kalau tak tau, meh sy kongsi ckit pasal penyakit nie....
jeng3~.................................
saya adalah salah seorang pesakit 'SKOLIOSIS' ataupun omputih kata 'BACK PAIN / SCOLIOSIS'...... mula2 tau mcm 'blur' lg.... doktor pun dah xplain cemana sbnrnya penyakit nie... skrg terasa lemah sbb kerja2 yg nak di buat semua terbatas... mungkin ramai dikalangan kita tak tau kan... ape benda penyakit nie... jom kita tgk... apa sbnrnya penyakit nie.... jom3~  :)



apakah SKOLIOSIS??

Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul. Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud 'bengkok'. Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.



siapakah yang MENGHIDAP penyakit ini???


 Kanak-kanak
'Infantile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:
• Kecacatan sejak lahir
• Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
• Kecederaan
• Jangkitan
• Ketumbuhan

'Juvenile scoliosis' - Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 - 10 tahun. Ia jarang berlaku.


 Remaja
'Adolescent idopathic scoliosis' - skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.



 Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal. Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.



faktor KETURUNAN??

Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%. Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.



PUNCA-PUNCA skoliosis??

Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital.
Ia tidak berpunca dari:

• Duduk membongkok
• Duduk dalam keadaan janggal
• Tidur di atas tilam lama atau nipis

Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan
mendadak di alam remaja.




GEJALA-GEJALA??

Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan.


Tanda - tanda lain termasuk:

• Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
• Penonjolan tulang bahu
• Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
• Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
• Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
• Baju yang dipakai kelihatan senget


Jika dibiarkan tanpa rawatan, skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan: 

• Sakit belakang yang berpanjangan
• Kecacatan bentuk badan
• Kesukaran bernafas



RAWATAN??

Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna.

• Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang
belakang tidak menjadi teruk
• Pesakit akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan

Peralatan khas untuk menyokong tulang belakang ("Bracing")
contoh 'bracing'

• Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok
• Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai


contoh pemakaian 'bracing'

Pembedahan

• Akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk
• Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk
• Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut
• Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai "braces" badan hari ke-2 atau ke-3
• Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa
• Bersukan dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan



PETUA-PETUA ibu bapa mengesan penyakit ini diperingkat AWAL:

Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya ("idiopathic scoliosis") selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal. Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas.


Tanda - tanda yang dapat dilihat pada anak anda:

• Bahu kelihatan tidak sama tinggi
• Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol 
• Pinggang kelihatan senget sebelah
• Pinggul kelihatan tinggi sebelah 
• Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja 






CONTOH TULANG BELAKANG



inilah sedikit sebanyak yang boleh sy kongsi..... kalau nak tau lebih lanjut, pi tny doktor eeekkkkk... hehehehehe... d harap, kite semua dpt input ckit.... bak kata org 'ilmu Allah kita kongsi'...  :)
ok.... ma'assalamah...... ~





Thursday, 10 November 2011

~ sangat lemah ~







ya Allah...

tatkala ini jiwaku lemah....

hatiku goncang....

nafasku sesak tidak bermaya...

ke mana harus aku pergi???

ke mana harus aku tujui???

yg benar tetap benar....

tetapi tidak seorang pun yang membenarkan....

ya Allah...

keperitan ini ku tanggung....

kerana ku tahu...

kerana ku mengerti...

setiap yang terjadi adlh dr MU ya Rabb....



....................................................................



Tuesday, 8 November 2011

~ perjalanan??? ~

assalamu'alaikum....


ya Allah.. hari nie rasa tercabar lak.....

bila takda sape dgr ckp....

bila kita tegur buat muka...

jgn laaaa mcm tu...

sy pun ada masalah juga...

kira besar tau...

tp sy tetap buat keje...

demi group kita...

jgn mcm nie ok...

tlg lahh ekk....

sy penat, kita semua penat...

harap sangat2 kita stick together ok....


huhuhuhuhu......


wassalam....

Tuesday, 1 November 2011

~ mengapa diri ini ~


saya.....
hanya seorang insan yang lemah...
tidak punyai apa-apa....
tapi kenapa...
tapi mengapa....
diri ini yang selalu menjadi mangsa....
mangsa apa??
mangsa siapa???
masih bingung...
masih buntu....
biarlah mereka....
meraka yang rasa....
tetapi diri ini terseksa dengan apa yang mereka rasa....
bagaimana hendak merungkai setiap kata.....
ya Allah....

Sunday, 7 August 2011

~ SiaPa aKu Di DePaN TUHAN-ku ~


SUBUHNYA....
di mana aku masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan TUHAN-ku....

ZUHURNYA....
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadai sebuah ketaatan
siapa aku di depan TUHAN-ku....

ASARNYA....
aku lupa warna masa cepat
berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita
tentang si TUAH yang setia dan si JEBAT yang DERHAKA
siapa aku di depan TUHAN-ku.....

MAGHRIBNYA....
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar disebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokkan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan TUHAN-ku.....

ISYA' NYA.....
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimutku
bercumbu-cumbu dengan waktu
siapa aku di depan TUHAN-ku.....

kini aku tertanya-tanya
sampai bila aku kan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan
masjid menjadi sepi
kerana dihujung hidup adanya mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang disini
jika ruangku dibiar kosong
jika wajahku dibiar asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.....
ya ALLAH......

~ diari  Islam 2008 ~

Monday, 1 August 2011

~ RaMaDHaN ~



salam RAMADHAN AL MUBARAK....
buat family yg berada di semenanjung tanah air...
sahabat2 seperjuangan..
tak kira yg jauh yg dekat...
puasa jgn tak puasa ekkk..
sape ponteng, jgn nak berangan dpt raya....
hehehehehehe
jaga diri, jaga iman...
:)



Sunday, 24 July 2011

~ SeDeTiK CuMa ~

assalamu'alaikum.....
lama dah tak tulis ape2 kat blog nie.....
minggu2 mencabar dah beransur pergi....
alhamdulillah, semua dlm keadaan baik...
walaupun ada sedikit yg agak kureng...
boleh lg d handle....
hehehehehehe
penat + penat + penat....
biasalah keje kan.....
minggu lepas adlh minggu KONVOKESYEN politeknik kk....
keje ku terlibat utk graduan2 yg konvo pd hari2 yg dah di tetapkan...
tahniah kepada semua graduan sesi jan2010 dan sesi jun2010...
harap lepas nie kita semua akn terus sukses mencapai apa yg d impi.....
bg shbt2 yg jauh... salam rindu, salam sayang dr diri ini...
walaupun berjumpa kita hny sekejap je...
tp rezki Allah kita takleh nak sangkal...
sgt2 berharga....
harap lepas nie blh jumpa lg...
buat shbt2 yg dekat.....
jgn lupa jumpa2 arr kalau ada masa free.... ekkk...
hehehehehehehe.....
k.... jaga diri, jaga iman......
teruskan perjuangan di dlm jalanNYA.....
wassalamu'alaikum.....

Friday, 1 July 2011

~ kerana kita bukan sempurna ~

ya Allah... sedih tatkala teringatkan akan diri....
kuatkah diri ini... layakkah diri ini....
sekarang ramai yg ingin mendekatkan diri kpdMU....
Alhamdulillah... semakin ramai...
tp di dlm yg ramai2 tu, amat sedikit yg betul2 ke arahMU....
lurus jlnnya... tegak imannya.....
ya Allah.... aku takut...
takut aku tidak berada di dlm golongan yg sedikit itu....
aku mahu berada lurus di jalanMU....
aku mahu iman ku tegak dan tetap utuh kepadaMU.....
aku mampu??.. ya, aku mampu......
aku perlu berusaha.......
usaha dan terus usaha.....
Allah suka dengan hambaNYA yg terus berusaha......
ya Allah.... nikmat & rahmat yg telah Engkau beri amatlah banyaknya
kepada diriku.... walaupun dulu aku tidak mensyukurinya...
Engkau tetap setia mnecurahkannya....
sehingga sekarang... sehingga aku tidak rasa ada Tuhan selain Engkau......
ya Allah...... aku tidak sempurna...
tp sempurnakanlah kasih sayangku kepadaMU....
agar aku terus berada di dlm jalanMU......